February 9, 2012

WEDDING PHOTOGRAPHY

Bila dikaitkan dengan kamera, mesti buat wedding photography. Al maklumla.. nak jadi seorang jurugambar, kena banyak alami cabaran, pengalaman dan pelbagai lagi. Saya juga mengalami pelbagai mimpi ngeri ketika bertugas sebagai jurugambar bebas. macam macam karenah. Saya juga tak pernah lepaskan peluang untuk mengambil gambar perkahwinan. Bagi saya proses untuk belajar baik ketika di majlis perkahwinan. 

Jom layan gambor-gambor kawan-kawan aku yang kahwin nih..(semua client aku best friend)

PERSANDINGAN HELMI & SYAFINAS


Helmi dengan begitu manja menyempurnakan majlis menyarung cincin di jari Syafinas. 







PRE-WEDDING WAHIDA & ERFI



Selamat pengantin baru kepada wahida dan erfi. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.


PERSANDINGAN RUDIE & PIJA ( 2010 )





PERSANDINGAN HARRIS IKHWAN & FARRAH ( 2007 )






PERSANDINGAN MASTURA & RIDZUAN 








 

January 2, 2012

HADIAH TAHUN BARU

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012  kepada semua sahabat handai. Tahun baru bererti kehidupan ini makin bertambah dari mundur ke maju, dari belakang ke hadapan dari bawah ke atas dan seumpamanya. Terima Kasih pada isteri yang memberikan hadiah sempena hari lahir saya yang ke 29 tahun ini. Pemberian ini cukup besar maknanya pada diri ini kerana saya memang perlukannya..Apappun Selamat tahun Baru 2012.....

December 15, 2011

HUTAN KUALA WOH









HUTAN LIPIR ULU KENAS

Hutan lipur Ulu Kenas terletak di Kuala Kangsar







HOMESTAY KG. BENG

Lihatlah apa yang dihamparkan di kawasan ini...KG BENG ,LENGGONG
Destinasi homestay ini adalah antara yang popular di negeri Perak. Kg.Beng merupakan salah satu produk homestay yang terbaik yang pernah wujud di negeri bumi bertuah ini.Kedudukan negeri Perak yang terletak di antara Kuala Lumpur dan Penang ini memiliki keunikan yang tersendiri dengan pelbagai produk pelancongan dibuminya.KG BENG HOMESTAY pastinya akan menjanjikan suatu pengalaman indah dan tersendiri untuk para pengunjungnya. 

Lenggong yang sinonim dengan Tasik Raban terletaknya diantara daerah Kuala Kangsar dan Gerik.Tasik yang menjadi hamparan ditemani dengan hijau gunung hutan hujan tropika ditemukan dengan aliran sungai Perak dan mengalir ke Tasik Temenggor hingga ke selatan thailand ini sangat unik dan menakjubkan.



Bot menjadi nadi utama perhubungan ke Kg Batu Ring ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
BATU RING - Diwarnai dengan Budaya Melayu
Perkampungan kecil yang dipinggiran kaki bukit ini merupakan antara produk KG BENG homestayi.Dengan didiami oleh masyarakat melayu sepenuhnya ini pastinya memberikan suatu kelainan kepada para pengunjung.Perjalanan menyusuri sungai dan tasek dengan bot-bot tradisional merupakan suatu pengalaman yang berbeza.Disini, jalan raya bukan menjadi landasan perhubungan bagi masyarakat disini.Deruman bunyi enjin dari bot-bot kecil sudah menjadi lumrah kepada nadi kehidupan masyarakat setempat disini. Dari Jeti Pengkalan Durian,pengembaraan bermula dengan menyusuri sungai untuk sampai ke kawasan ini.Pengunjung yang ingin merasai pengalaman ini pastinya teruja dengan hamparan persekitaran yang penuh panorama.Bot-bot nelayan menjadi latar belakang panorama ini.
Aktiviti menjala Ikan dan memancing pastinya sesuatu yang paling menarik untuk diingat.
Jeti Batu Ring menanti anda ...
FAKTA Lokasi: Kira-kira 23 kilometer dari pekan Lenggong atau 45 minit perjalanan dari Kuala Kangsar. Laluan: Dari Plaza Tol Kuala Kangsar ke Jalan Kuala Kangsar menghala ke Lenggong kemudian masuk ke Jalan Kota Tampan (hala ke Muzium Arkeologi Lenggong) sebelum membelok ke kanan di Jalan Intan Suraya (Kampung Beng hanya kira-kira empat kilometer dari persimpangan itu). Penginapan: Konsep home stay (59 unit), Calet Suka-Suka dan Calet Dunia Sana Sini.

- Perkampungan ini telah dibuka oleh seorang anak Raja Pattani yang telah melarikan diri mengikuti aliran Sungai Perak yang pada masa dahulu sebagai jalan perhubungan serta dikenali dengan panggilan " TOK BENG ". Maka wujudlah nama kampung ini sempena dengan panggilan "TOK BENG". Kampung Beng yang terletak di Mukim Durian Pipit, adalah sebuah perkampungan tradisional terletak di pinggir Tasik Chenderoh. Perkampungan ini berada di pinggir Hutan Simpan Piah dan pergunungan Piah serta di pertengahan Banjaran Titiwangsa yang terdapat Hutan Simpan Bintang Hijau.nPopulasi penduduk di Kampung Beng adalah seramai 896 orang dengan 195 buah rumah di atas keluasan 3.9188 hektar.
Terdapat enam perkampungan kecil yang membentuk Kampung Beng iaitu Kampung Durian Lubuk, Beng Dalam, Kampung Dusun, Kampung Sekolah, Kampung Durau dan Batu Ring. Jarak kampung ini dari Ipoh adalah kira-kira 60 kilometer, manakala dari Kuala Kangsar 35 kilometer serta mengambil masa selama 35 minit untuk sampai ke sini.Keindahan dan keunikan Homestay (rumah inap) Kampung Beng menjadikan penginapan desa ini popular di kalangan penerbit filem untuk dijadikan lokasi penggambaran.

Mungkin anda akan berpeluang untuk merasai dan membelai ternakan Rusa yang jinak di sini. Biasanya Rusa adalah binatang karnivor yang agak agresif dan liar dihabitatnya. Di Kampung Beng, pengalaman ini adalah yang berharga untuk dibawa bersama para pengunjung ke negara masing - masing. Dengan keindahan panorama semulajadinya yang unik,Kampung Beng turut menjadi lokasi pembuat filem cereka dan iklan komersil. Hamparan alam yang semulajdi dengan penuh budaya dan ragam resamnya menjadikan Kampung Beng ini adalah antara salah satu lokasi utama untuk sesuatu pengambaran filem dan komersil.

JIKA disebut Kampung Beng, kebanyakan penduduk negara ini tidak mengetahui kedudukan dan keadaan kampung itu. Tapi, kampung itu sebenarnya menjanjikan kedamaian dan keunikan tersendiri hingga turut dijadikan lokasi penggambaran filem.Buktinya, beberapa filem dan iklan memilih lokasi kampung itu termasuk iklan syarikat Petronas (budak lelaki membawa lembu di atas rakit) yang disiarkan pada musim Aidilfitri lalu. Malah sebahagian daripada penggambaran filem Anna & The King dan filem tempatan Sara juga dibuat di kampung yang terletak di Lenggong, Perak. Tahun lalu saja, kampung ini berjaya menarik
kedatangan pelancong luar negara seramai 8,648 orang, antaranya dari Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Switzerland dan Jepun yang menginap di calet serta di rumah penduduk melalui program home stay. Mei lalu, kira-kira 100 pelancong Jepun ke sini dan menginap di rumah penduduk.Aktiviti memancing mungkin asing bagi orang luar,di kampung ini peserta akan merasai sendiri pengalaman itu dan pastinya ia sukar diterjemahkan.

Penduduknya jelas bijak memanfaatkan keindahan serta keunikan kampung yang terletak di pinggir Tasik Chenderoh yang begitu damai dan menenangkan, malah ada penduduk masih bergantung kepada khidmat bot dalam urusan harian termasuk sebagai pengangkutan untuk ke sekolah. Di situ juga ada dua padang ragut yang pernah dinobatkan sebagai yang terbaik di Perak iaitu Padang Ragut Chuas (PRC) seluas 66 hektar dengan ternakan rusa dan lembu dan satu lagi, Padang Ragut Sadang (PRS) seluas 50 hektar dengan hanya ternakan lembu. Kedua-dua dikendalikan koperasi penduduk dengan seliaan Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Produk terbaru kampung itu yang menjadi tarikan pelancong adalah pembukaan kawasan sawah padi bertingkat melalui konsep penswastaan yang sedang diusahakan sebuah syarikat dari Taiwan dengan tanaman padi herba di kawasan seluas lebih 40 hektar. Kampung Beng berkeluasan 3,914 hektar sebenarnya dibentuk oleh enam kampung kecil iaitu Batu Ring, Durau, Durian Lubuk, Beng Dalam, Dusun dan Sekolah yang mana 59 rumah terbabit dalam program home stay.Pelancong yang datang ke sini berpeluang menikmati kehidupan cara kampung, menyusuri tasik yang tenang dengan bot,
melihat keindahan senja ketika matahari terbenam di celah kawasan Gunung Piah yang bertentangan dengan kampung, menikmati kesejukan air bukit, melihat ternakan termasuk peluang bermain dengan tiga ekor rusa jinak serta memancing.
Antara produk terbaik hasil daripada penduduk disini.


Salam dari penulis: Illharm Harris
Photography : Zain Amir



SETAHUN YANG BERBALOI-BALOI...

Sejak Oktober 2010 hingga 30 Disember ini, segala jerih perik telah berbayar dalam sebuah kehidupan ini. Apapun aku syukur dan sujud kepadamu Allah S.W.T kerana telah melimpahkan nikmatmu dan rezeki kepada kami sekeluarga. Dengan kehendakmu, kami disini dan dengan kekuasaan-mu juga kami berjaya mengharungi setiap detik hari yang sukar untuk dirempuhi. Hari-yang dijalani begitu sukar dengan kesakitan yang kami hadapi. Setiap minggu kami pergi berubat disana-sini. Apapun yang terjadi kami redha dengan ketentuan ini.  Demi Allah yang Maha Kuasa, akan ku pertahankan semua yang milikku..akan ku hapuskan segala jijik yang menempel di kehidupan ini. Aku berdoa setiap waktu untuk memulangkan semula bukan milikku ini.

Amin Ya Rabbal Alamin.....